Welcome Cucu Semua

Apa yang dapat diunggkapkan disini adalah SENI. Bidang programming(pengaturcara komputer) adalah salah satu cabang seni kreatifnya pemikiran programmer membangunkan sistem yang BAIK dan MESRA PENGGUNA.
Ya...memang benar semua manusia boleh melukis, tetapi tidak semua akan menghasilkan lukisan yg cantek
Inilah andaian yang Tok gambarkan hasil SENI seorang programmer.

-TokCyber

Fahami Konsep Programming

Programming terdiri DARI dan TIDAK boleh lari dari ini :
INSERT, DELETE, UPDATE, SEARCH
Jadi kuasai asas bagaimana anda hendak melakukan INSERT, DELETE, UPDATE, SEARCH.....
Pelajari bahasa DB seperti Oracle, MySQL, dll sehingga Cu tahu bagaimana hendak memanipulasi data menggunakan bahasa2 mereka....
Dan hasil sistem adalah FORM+REPORT

-TokCyber

Sunday, March 28, 2010

Kereta BMW


Fastest BMW Model - faster than Lamborghini & Ferrari....adakah ianya benar?
Tetapi dengan rekabentuk yg cukup garang thumb up dari Tok

Sony transparent


Sony dengan transparent speaker dan projector display....cun beb

Thursday, March 25, 2010

Antara ijazah dan sijil



Selama mana Tok bertugas ni.....Tok banyak ditemukan dengan Minah² cun dan Balak² hensem dari pelbagai IPTA/IPTS yg berkhidmat secara sementara kerana praktikal di jabatan iT Tok...Jurusan² dalam bidang iT sekarang nampaknya telah berkembang dengan banyak, Tok pon tak tau sejak bila iT ni telah mempunyai banyak pecahan....ketika zaman Tok belajar dulu, bahagian pengkomputeran hanya terbahagi kepada 2, Sains Komputer dan Kejuruteraan Komputer sahaja....

Apa yang sedihnya, ceritanya begini.....

Minah² cun dan Balak² hensem ini, ketika sedang praktikal ditempat Tok....mereka hanya berkebolehan membaiki komputer sahaja, atau lebih kepada troubleshoot komputer seperti format/install windows, crack software(hahaha), gantikan RAM....

Apa sudah jadi? kebanyakkan mereka adalah pemegang ijazah, tapi kenapa ilmu pengetahuan/kebolehan mereka ditahap juruteknik komputer?...bukan tidak bagus memiliki keupayaan troubleshoot komputer....tetapi kebolehan demikian hanya berada diparas pemegang sijil saja....jadi kemanakah skill ijazah yg Minah² cun dan Balak² hensem ini belajar di IPTA/IPTS? Mereka ini adalah bakal² pegawai, tetapi takkan tahap kebolehan ditahap juruteknik? Dimana silapnya?

Tok nasihatkan khas kepada Minah² cun dan Balak² hensem ini, jgn la menjadi perosak bahagian iT dimasa hadapan....kalo skill ditahap juruteknik SILA LAH UPGRADE pengetahuan sepadan dengan segulung ijazah yg bakal saudara/saudari genggam.....

Istilah komputer yg digunakan untuk memperbodohkan manusia



Salam dan sejahtera semua...

Pada ketika kini Tok banyak ketemukan manusia² yg gagal tugasnya dalam iT....kenapa perkara ni berlaku?
-Adakah degree yg diambilnya tangkap muat?
-Adakah kebodohan cara penapisan interview staff kerana memilih si polan yg bungok dan sedara bangang hanya bermulut bermaniskan ampu?
-Atau kroni yg dibagi memikul jawatan itu?

Pemilihan calon iT sedemikian sebenarnya merosakkan organisasi iT itu sendiri....Dalam iT, kita tidak memerlukan penjawat yg ampu, berpikiran kontot, apa ntah lagi kalo kategori bengap...nyah kau dari bidang ini...

Adakah orang² seperti ini releven?

Kes1 : Istilah yg membodohkan
Soalan - Kenapa internet diopis kita ini slow, sedangkan kita dah upgrade line ke XX Mb?
Jawap - Oh ini kerana kita mengalami "bottle neck" yg mengakitbatkan kesesakkan data internet
Rumusan:
istilah "bottle neck" ini telah membodohkan penyoal kerana penyoal bukan dari bidang iT, jadi nganga saja....penjawap tersenyum, penyoal cukup kagum dengan istilah berkenan...kesian nya dibodohkan....kalo istilah ni digunakan kepada Tok, ini soalan Tok
Tok - "bottle neck" ke, "neck tie" ke....kita dah spend duit banyak utk upgrade line...so problem nya kenapa anda sendiri tidak memperbetulkan rangkaian dalaman kita supaya perkara camni tak berlaku?

Kes 2 : Istilah yg mengelirukan
Soalan - windows asyik kluar IP Conflict, kenapa ye?
Jawap - oh ada orang telah CURI IP encik
Rumusan:
Kenapa la terlampau cetek nyer akal sampai menggunakan istilah CURI IP, berdosa ke CURI IP ni?penggunaan istilah yg mengelirukan ini menjadikan CURI IP adalah satu kesalahan yg sangat besar...kalau Tok akan jawap camni
Tok - Ini kerana ada PC lain yang sama IP, bukan masaalah besar ni, Tok akan selesaikan secepat mungkin...

Banyak lagi istilah yg mengelirukan dan memperbodohkan manusia yg bukan dalam bidang iT, sebenarnya...penggunaan istilah ini bertujuan melepaskan batuk ditangga kerana mereka gagal menjalankan tanggungjawap....samaada menggunakan istilah atau mencari kesalahan orang yg lain adalah cara terbaik utk menutup kebodohan sendiri