Welcome Cucu Semua

Apa yang dapat diunggkapkan disini adalah SENI. Bidang programming(pengaturcara komputer) adalah salah satu cabang seni kreatifnya pemikiran programmer membangunkan sistem yang BAIK dan MESRA PENGGUNA.
Ya...memang benar semua manusia boleh melukis, tetapi tidak semua akan menghasilkan lukisan yg cantek
Inilah andaian yang Tok gambarkan hasil SENI seorang programmer.

-TokCyber

Fahami Konsep Programming

Programming terdiri DARI dan TIDAK boleh lari dari ini :
INSERT, DELETE, UPDATE, SEARCH
Jadi kuasai asas bagaimana anda hendak melakukan INSERT, DELETE, UPDATE, SEARCH.....
Pelajari bahasa DB seperti Oracle, MySQL, dll sehingga Cu tahu bagaimana hendak memanipulasi data menggunakan bahasa2 mereka....
Dan hasil sistem adalah FORM+REPORT

-TokCyber

Monday, December 21, 2009

Carian/Perbandingan Tarikh

Tarikh dalam programming sgt penting....terutama apabila pembangunan sistem yg menjurus ke arah sistem kewangan....Persoalannya bagaimana kita mencari data pada sesuatu tarikh atau sebelum atau selepas tarikh berkenaan?

Ini tips Tok...

Mula2 sekali kita WAJIB mengikut format:

yyyymmdd *tanpa simbol /atau -

Contoh:
Tarikh 20091130 ditukar kepada character atau number ianya seolah-olah menunjukkan angka yg bernilai
20091130...
Jadi sekiranya membuat carian, buat seperti ini
tarikh_carian =
20091130 * tarikh yg sama
tarikh_carian > 20091130 *selepas tarikh
tarikh_carian < 20091130 *sebelum tarikh

MySQL Script
Carian tarikh yg sama:
select * from table
where
date_format(tarikh_data, '%Y%m%d') = '20091130'

Carian selepas tarikh:
select * from table
where
date_format(tarikh_data, '%Y%m%d') > '20091130'

Carian sebelum tarikh:
select * from table
where
date_format(tarikh_data, '%Y%m%d') < '20091130'

ORACLE Script
Carian tarikh yg sama:
select * from table
where to_char
(tarikh_data, 'yyyymmdd') = '20091130'

Carian selepas tarikh:
select * from table
where
to_char(tarikh_data, 'yyyymmdd') > '20091130'

Carian sebelum tarikh:
select * from table
where
to_char(tarikh_data, 'yyyymmdd') < '20091130'

Sybase Script
Carian tarikh yg sama:
select * from table
where convert(
char(8), 'tarikh_data', 112) = '20091130'

Carian selepas tarikh:
select * from table
where
convert(char(8), 'tarikh_data', 112) > '20091130'

Carian sebelum tarikh:
select * from table
where
convert(char(8), 'tarikh_data', 112) < '20091130'

112 : adalah berformat yyyymmdd

Ianya lebih tepat dan query selection Cu akan lebih ringkas dan cepat.....

Friday, December 18, 2009

Adakah manusia dapat diukur?

Bolehkah kita mengukur tinggi?
Bolehkah kita mengukur berat?
Bolehkah kita mengukur dalam?
Bolehkah kita mengukur..........................dll

Jawapannya : BOLEH

Apakah ukuran yang boleh mengukur potensi manusia?

Betulkah dengan keputusan cemerlang PMR/SPM/Sijil/Diploma/Degree/ntah apa lagi dapat menjaminkan insan itu adalah terbaik?
Ye ke dengan SPM 10A1 dapat menjaminkan bahawa insan itu berkualiti gred A++?
Ye ke dengan CPA 3.9999 dapat menjaminkan bahawa insan itu berkualiti gred A++?
Ye ke ye ke ye ke?

TIDAK logik jawapannya, kenapa kita menapis calon yg ditemuduga dengan keputusan peperiksaan nyer sahaja? Betul ke apa yang selama ini kita praktikan? Kita hanya menumpu calon yg ber CPA 3.99999....Betul ke mereka cemerlang?atau anda yg tertipu kerana mereka ini sebenarnya ulat buku sahaja?

Bagaimana dengan pengalaman?
Adakah anda sudah lupa tentangnya?
Pengalaman sgt berharga dari membaca.....Pengalaman adalah sesuatu yg dipraktikan tidak seperti membaca yang tahu secara teori sahaja...

Logik ke sebelum ditemuduga, diadakan kertas menjawap soalan?Apa benda tu?Tanya soalan tingkatan 4/5...sian pakcik tua yg umur 30 an ni...agak2 nya dapat ke menjawap soalan sebegitu?

Kenapa semasa pemilihan calon tidak diletakkan pakar kaunselling?Manusia yang peka terhadap personaliti individu? Ni tidak, main rembat kepala2 ketua jabatan....abis dibawak masuk suku-sakat, yg sebulu dijamin dapat....yg berbulu-bulu harap maaf...anda cuma untuk cukup korum....

Bukan hendak menafikan calon yang ber CPA nyer tinggi.....cuma buat lah pilihan samada PRAKTIKAL atau TEORI

Sungguh kesal dengan orang yang memilih hanya dengan melihat keputusan peperiksaan sahaja(kroni apakan lagi)....ntah sampai bila la syarat penapisan calon yg memohon kerja terletak hanya kepada keputusan SPM 10A1/Degree CPA 3.9999....maka tidak hairan lah lahir malaun-malaun kaki bodek, kaki ampu, kaki cabottt, kaki kurap....

Penghormatan

Penghormatan lahir dari hati yg ikhlas terhadap seseorang....hati yg berasa senang/tenang/mesra terhadap seseorang....malah apabila penghormatan lahir dari hati yg ikhlas, kita sanggup memikul tanggungjawap bersama....

Persoalannya, apakah penghormatan itu? Hanya hati yg ikhlas dapat menerangkannya

2 jenis penghormatan yg wujud di planet yg bernama bumi ini....

Pertama - penghormatan yg lahir dari hati
Kedua - penghormatan yg lahir dari kuasa dan harta

Penghormatan Pertama
Penghormatan yg lahir dari hati ini membawa satu impak yg sangat besar....kita tidak perlu memaksa......insan yg menghormati kita pasti akan menolong kita dengan kerelaan hatinya dan begitu juga sebaliknya, kita juga tidak sanggup melihat insan yg kita hormati dibelenggu masaalah...begitulah kuatnya ikatan hormat yg lahir dari hati

Penghormatan Kedua
Dengan menggunakan kedudukan pangkat dan harta, juga boleh melahirkan rasa hormat....tetapi AWAS, sekiranya penghormatan jenis ini berlaku terhadap majikan kita, ianya hanya hormat 8pg-5pg....hormat hanya waktu pejabat sahaja...Adakah diluar waktu itu anda akan menghormatinya?....Nescaya anda akan memberi pelbagai alasan untuk menolaknya sekiranya diminta diluar waktu opis.....Pangkat & harta tidak ke mana.....sekiranya ditarik...maka dimanakah kedudukkan kita? Adakah sokongan sebelum ini akan rebah?

Jadi fikirkan lah....pilih lah penghormatan jenis apa yang anda ingin dihormati....

Tuesday, December 15, 2009

Hujah TokCyber dengan Pandir BAB 1 : Pandir Moden

Tahukah Pandir yg iT sentiasa berubah?
Oit Pandir....pergerakkan teknologi iT ni berlaku sepanjang masa...setiap saat...setiap detik, jangan samakan iT ni dengan bidang pentadbiran opis Pandir oiiiii......Teknologi 10 tahun dahulu tak sama dengan teknologi sekarang, Pandir pon pakai MicrosoftWord/Openoffice betul tak? Apsal Pandir tak pakai jerk typewriter nak buat surat...? kakakaka

Tahukah Pandir yg PC/Laptop ada workshop?
Oit Pandir.....Pandir kalo kereta rosak pandir repair sendiri ke? Nape lak Pandir nak hantar ke workshop? kakaka

Tu la Pandir, Pengguna PC/Laptop ni, macam :
Pengguna PC/Laptop ni diandaikan seorang pemandu kereta....
PC/Laptop diandaikan seperti kereta...
Technician Computer diandaikan seperti workshop...

Kesimpulannya andaian di atas.....PC/Laptop rosak hantar kat Tok ke? ish ish ish Pandir....masuk workshop la atau serah ke Technician Computer....Paham

VirtualBox


Website : http://www.virtualbox.org/

Apa gunanya VirtualBox ni Tok?
Haaaa....Cu banyak faedah VirtualBox ni....


Yang penting sekali, kita boleh cuba OS sebelum kita install OS yang baru pada PC atau Laptop kita contohnya Windows(Vista/Win 7), Macintosh, Linux atau sebagainya pada VirtualBox....
Tak paham?
dengan ayat lebih ringkas kita run OS(Dalam VitualBox) dalam OS(PC/Laptop)....

VirtualBox ni paling penting untuk Tok membangunkan sistem Oracle Developer, Report dan install Database 10g....dimana Tok tak nak installation DB 10g menganggu performance Laptop asal Tok, jadi Tok buat camni

install VirtualBox > install Windows XP > Oracle

IF Statement

Penerapkan penggunaan IF dalam DB statement

Contoh:
PHP Script

if(condition_statment)
{ event A } else { event B }

Di implement pada DB statement
MySQL Script

select * from table
where if ( condition_statment, event A, event B )

Oracle Script

select * from table
where decode( condition_statment, event A, event B )

Penerapan IF dalam statement condition DB akan memudahkan dan mempercepatkan penapisan data....

Wednesday, December 9, 2009

MySQL date_format() : Print Date Malaysia dd/mm/yyyy

Tok heran la....ada la pulak sesetengah programmer mengambil mudah mengenai format tarikh yg kita gunakan standard dalam Malaysia sepert format dd/mm/yyyy....
Sila mudahkan user...ini tips Tok

Cth :

select date_value from table;

print "date_value";
//cth print out : 2009-12-10(yyyy/mm/dd)

Alahai Cu jgn la buat camni...kita nak MESRA PENGGUNA jadikan camni :

select date_format(date_value,'%d/%m/%Y') as date_malay from table;

print "date_malay";
//cth print out : 10/12/2009(dd/mm/yyyy)

Kan kemudah tu......

Standard output tarikh:
d/m/yyyy = date_format(value, '%e/%c/%Y')
dd/mm/yyyy = date_format(value, '%d/%m/%Y')

Sunday, December 6, 2009

MP3

Apa itu MP3?
MP3 adalah file format audio


Format audio yang mengancam industri music dunia.

Tak percaya? Cu boleh search dekat GOOGLE apa lagu yang Cu nak....boleh download FREE lak tu...jadi tak ke lingkup? Cu bukan nak beli CD pon kakaka....

Tapi Tok rase semuanya berkisar pada quality artist jugak...
katakan cth Michael Jackson, Tok sanggup beli CD nya...dia bernilai untuk dijadikan collection....

Thursday, December 3, 2009

Portable Webserver+Webmail

Install WOS Webserver
LINK http://www.chsoftware.net

Untuk mem'portable'kan kerja...Tok sarankan Cu pakai WOS Portable ni.....mudah Cu, package nya ada APACHE+MySQL+PHP...jadi Cu tak payah la nak install webserver kat desktop atau laptop...hanya perlu copy dalam USB Drive, cukup dengan Plug N Play...Mudahkan...

Kemudian install ArGo Webmail lak
LINK http://www.argosoft.com/


maka lengkaplah webserver+webmail dalam USB Drive....Boleh test!!!!!!!!!!

Wednesday, December 2, 2009

Ikut Resam


"MASUK KANDANG KAMBING MENGEMBEK, MASUK KANDANG HARIMAU MENGAUM, MASUK KANDANG LEMBU MENGEMBU kakaka"


Ya Cucu semua...masih ingat lagi peribahasa di atas?
Haaa itu ler resam bila kita berbahasa pengaturcaraan....

Tok ubahsuai skit peribahsa diatas :


"MASUK KANDANG PHP MENGEMBEK, MASUK KANDANG ASP MENGAUM, MASUK KANDANG JAVASCRIPT MENGEMBU kakaka"


Cu paham apa Tok nak sampaikan?
Semua programming language hampir sama function nya....cuma cara "bertutur" nya yg berbeza...jadi ni nasihat Tok utk Cu...jgn lah duk sibuk nak cari kelebihan/kekurangan sesuatu programming language....tapi yg perlu sibuk kita cari ADAKAH IANYA SESUAI DGN ENVIROMENT DAN PENCAPAIAN MATLAMAT kita membangun sistem?

Kalo Cu tahap bertutur bahasa pengaturcaraan macam budak tadika....pi la blajar Cu....asah skill tu....programming is skill bukan melabun kakaka

PHP date(),mktime(),strtotime() : Membentuk Calendar

Haaa Cu semua, Tok dapat ilham menghasilkan calendar Monthly dan Yearly dari gabungan penggunaan date(), mktime(), strtotime()...

harapnya Cu dapat idea dari hasil Tok ni....byk paedah nya calendar ni dalam sistem..


Ni calendar MONTHLY ye Cu


Ni Pulak YEARLY Menegak/Melintang


Apa rasional Tok buat calendar camtu erk?
Haaa bagus soalan ni, YEARLY ni Cu kita dapat melihat keseluruhan aktiviti tahunan dan mudah utk membuat perbandingan/tempahan untuk tarikh tertentu....

Tuesday, December 1, 2009

iT Mengubah Gaya Hidup

Ada ke lagi TELEGRAM?
Tok rase sekarang ni budak2 pon tak pernah dengar nama tu....atau korang pon tak tau apa itu TELEGRAM?

Kemajuan iT mengubah gaya hidup.....tak lain dan tak bukan adalah semata-mata memenuhi keperluan kepantasan memperolehi/menerima maklumat....tak percaya?

Korang guna la TELEGRAM kalo nak sampaikan pesanan kat mak pak korang yg kat kampung tu...kakaka ntah brape jam la nak dapat info nye....bandingkan dengan SMS / panggilan telefon / Email...siapa sampai dulu erk? kakaka

DATABASE Idea

Apakah field2 wajib untuk Tok structure db?
Tok akan buat begini

XXX_bilnombor
XXX_fields001
XXX_fields002
XXX_fields003
XXX_fields004
......
XXX_dateentry
XXX_userentry
XXX_dateedits
XXX_useredits

Field yg di bold tu adalah wajib bagi Tok...tujuannya

XXX_bilnombor : unik nombor utk update dan rujukkan
XXX_dateentry : tracking tarikh data dimasukkan
XXX_userentry : tracking siapa yang masukkan data
XXX_dateedits : tracking traikh perubahan data
XXX_useredits : tracking siapa yang mengedit data

rase2 Cu la kan...bley ke user lari dari melepaskan tanggungjawap terhadap data yg diupdate?

Database

Database ni senang cerita macam perpustakaan la....yang dalamnya ada pustakawan....

Tapi kecekapannya tidak dapat dinafikan....lalu ker kita kerja semak file yang bertimbun-timbun....datang seseorang mintak file, kita nak cari dalam stor...pergh mana mampu nak cari dalam masa yang singkat....

Segalanya mudah dengan database....semua carian dapat dilakukan dengan cepat...

"TIADA INPUT TIADA LAH DATABASE"

Sistem Mendisplinkan Perilaku Pekerja

"KITA TIDAK BOLEH LARI DARI SISTEM"

Tok sokong sungguh kenyataan seorang pegawai yg berkata demikian....kerana apa?mudah jerk, pada staff2 yg duk pandai mengampu kerja macam siut pasti terperangkap dengan kehadiran sistem...sebab bila korang tak buat kerja, segala pergerakkan akan direkod...tembelang pon pecah

cth :
situasi nak buat pembayaran....ada la si labun ni nak buat payment, bila query sistem tak buat pendaftaran...kakaka kantoi, kata dalam proses....bila tanya akan buat, padahal labun jerk daftar pon tak buat...

Tok handle sistem oiiii...mat labun jgn duk kelentong la...

PHP date() : Mencari jumlah/haribulan dalam bulan

Camna nak tau setiap hujung bulan utk sesuatu bulan?
cth: 28,30,31
Senang jerk...dalam PHP dah ada function date()

Buat camni:
date('t', time());

dah dapat jumlah hari dalam bulan tersebut....

Wednesday, November 25, 2009

Oracle FORM : Direct Print Ke Slip Printer



Pada form create kan file
declare out_file text_io.file_type;

out_file := TEXT_IO.FOPEN('C:\file.txt', 'w');
TEXT_IO.PUT_LINE(out_file, 'Text Untuk Dicetak');
TEXT_IO.FCLOSE(OUT_FILE);

host('C:\command', NO_SCREEN);

Pada drive C buat satu file command.dat

cd\
type file.txt > lpt1

jadi form akan terus print ke slip printer

Bebaskan Minda

Cu baca ni untuk bersantai sambil pikir2....jgn duk belakon depan boss jerk

Klik
CUBA SAMA SAMA KITA FIKIRKAN

-TukarTiub

Tuesday, November 24, 2009

Oracle FORM : POST-CHANGE

Penggunaan POST-CHANGE pada Oracle form

:value := ltrim(:value);

if substr(:value, 1, 1) in ('-') then
message('Masukkan No Telefon', 'E');
end if;

tidak membenarkan field :value diisi dengan simbol -
*nota - message adalah function