
Selama mana Tok bertugas ni.....Tok banyak ditemukan dengan Minah² cun dan Balak² hensem dari pelbagai IPTA/IPTS yg berkhidmat secara sementara kerana praktikal di jabatan iT Tok...Jurusan² dalam bidang iT sekarang nampaknya telah berkembang dengan banyak, Tok pon tak tau sejak bila iT ni telah mempunyai banyak pecahan....ketika zaman Tok belajar dulu, bahagian pengkomputeran hanya terbahagi kepada 2, Sains Komputer dan Kejuruteraan Komputer sahaja....
Apa yang sedihnya, ceritanya begini.....
Minah² cun dan Balak² hensem ini, ketika sedang praktikal ditempat Tok....mereka hanya berkebolehan membaiki komputer sahaja, atau lebih kepada troubleshoot komputer seperti format/install windows, crack software(hahaha), gantikan RAM....
Apa sudah jadi? kebanyakkan mereka adalah pemegang ijazah, tapi kenapa ilmu pengetahuan/kebolehan mereka ditahap juruteknik komputer?...bukan tidak bagus memiliki keupayaan troubleshoot komputer....tetapi kebolehan demikian hanya berada diparas pemegang sijil saja....jadi kemanakah skill ijazah yg Minah² cun dan Balak² hensem ini belajar di IPTA/IPTS? Mereka ini adalah bakal² pegawai, tetapi takkan tahap kebolehan ditahap juruteknik? Dimana silapnya?
Tok nasihatkan khas kepada Minah² cun dan Balak² hensem ini, jgn la menjadi perosak bahagian iT dimasa hadapan....kalo skill ditahap juruteknik SILA LAH UPGRADE pengetahuan sepadan dengan segulung ijazah yg bakal saudara/saudari genggam.....
No comments:
Post a Comment