Welcome Cucu Semua

Apa yang dapat diunggkapkan disini adalah SENI. Bidang programming(pengaturcara komputer) adalah salah satu cabang seni kreatifnya pemikiran programmer membangunkan sistem yang BAIK dan MESRA PENGGUNA.
Ya...memang benar semua manusia boleh melukis, tetapi tidak semua akan menghasilkan lukisan yg cantek
Inilah andaian yang Tok gambarkan hasil SENI seorang programmer.

-TokCyber

Fahami Konsep Programming

Programming terdiri DARI dan TIDAK boleh lari dari ini :
INSERT, DELETE, UPDATE, SEARCH
Jadi kuasai asas bagaimana anda hendak melakukan INSERT, DELETE, UPDATE, SEARCH.....
Pelajari bahasa DB seperti Oracle, MySQL, dll sehingga Cu tahu bagaimana hendak memanipulasi data menggunakan bahasa2 mereka....
Dan hasil sistem adalah FORM+REPORT

-TokCyber

Monday, December 21, 2009

Carian/Perbandingan Tarikh

Tarikh dalam programming sgt penting....terutama apabila pembangunan sistem yg menjurus ke arah sistem kewangan....Persoalannya bagaimana kita mencari data pada sesuatu tarikh atau sebelum atau selepas tarikh berkenaan?

Ini tips Tok...

Mula2 sekali kita WAJIB mengikut format:

yyyymmdd *tanpa simbol /atau -

Contoh:
Tarikh 20091130 ditukar kepada character atau number ianya seolah-olah menunjukkan angka yg bernilai
20091130...
Jadi sekiranya membuat carian, buat seperti ini
tarikh_carian =
20091130 * tarikh yg sama
tarikh_carian > 20091130 *selepas tarikh
tarikh_carian < 20091130 *sebelum tarikh

MySQL Script
Carian tarikh yg sama:
select * from table
where
date_format(tarikh_data, '%Y%m%d') = '20091130'

Carian selepas tarikh:
select * from table
where
date_format(tarikh_data, '%Y%m%d') > '20091130'

Carian sebelum tarikh:
select * from table
where
date_format(tarikh_data, '%Y%m%d') < '20091130'

ORACLE Script
Carian tarikh yg sama:
select * from table
where to_char
(tarikh_data, 'yyyymmdd') = '20091130'

Carian selepas tarikh:
select * from table
where
to_char(tarikh_data, 'yyyymmdd') > '20091130'

Carian sebelum tarikh:
select * from table
where
to_char(tarikh_data, 'yyyymmdd') < '20091130'

Sybase Script
Carian tarikh yg sama:
select * from table
where convert(
char(8), 'tarikh_data', 112) = '20091130'

Carian selepas tarikh:
select * from table
where
convert(char(8), 'tarikh_data', 112) > '20091130'

Carian sebelum tarikh:
select * from table
where
convert(char(8), 'tarikh_data', 112) < '20091130'

112 : adalah berformat yyyymmdd

Ianya lebih tepat dan query selection Cu akan lebih ringkas dan cepat.....

No comments:

Post a Comment